Proffesional Ethic

Untuk kegunaan Pelajar Etika OUM-PPW MPKB Sahaja

Sunday, June 18, 2006

Bab 3

Bab 3 ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN

Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.
Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil itu “betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika tersebut.

Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan:

Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah:

>kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.
>kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative
>kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan
>kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya
>kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.


Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan:

1.Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-beza dikenakan ke atas pelanggan.
2.Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut.
3.Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat.
4.Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran yang selamat dan bersih.
5.Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja.
7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu akan memudaratkan masyarakat setempat.
8.Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi. Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan tanggungjawab social.
9.Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan projek dan program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk melaksanakannya.

Analisis masalah etika dalam pengurusan:

1.analisis ekonomi
2.analisis undang-undang
3.analisis etika

a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika.
b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.
c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil.



Etika dalam Islam
Etika dalam islam boleh dinilai melalui mesej sejagat dan pendekatan holistic seperti berikut:
tauhid atau keesaan Tuhan
perpaduan manusia, dan
perpaduan dalam beragama.

Syariah adalah undang-undang islam yang berasaskan al-Quran dimana dijunjung dan digunapakai dan dirujuk oleh orang islam dalam hal membuat keputusan. Ini adalah kerana al-Quran itu sendiri menggambarkan akhlak Rasulullah s.a.w.

Semua ciri-ciri dan kualiti akhlak yang berpandukan islam melalui al-Quran dan hadis dapat membina sahsiah diri serta etika individu muslim.

Bab 2

BAB 2 MORAL DAN TANGGUNG JAWAB SOSIAL

Mengukur kebertanggungjawab MORAL

Darjah ukuran untuk melihat setiap individu itu melaksanakan tanggungjawab moralnya boleh dilihat melalui tiga (3) kondisi iaitu:

  • Ilmu dan kebebasan (knowledge and freedom)
  • Pengabaian dan Kejahilan (ignorance), dan
  • Paksaan (Coercion)

Ilmu dan kebebasan: Ilmu pengetahuan adalah menjadi ukuran utama yang meletakan seseorang untuk terus menyumbangkan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Semakin tinggi ilmu yang diperolehi, semakin bebas untuk dia berfikir tentang kebaikan moral dan tanggungjawab sosialnya. Namun begitu ada yang berilmu tinggi tetapi sanggup melanggar etikanya atas nama kebebasan.

Pengabaian dan Kejahilan: Kejahilan mengenai sesuatu kadang-kadang mendorong seseorang melakukan tindakan bodoh yang bercanggah dengan moralnya. Kadang-kala sikap mengabaikan sesuatu mendorong kepada perlanggaran etika seseorang.

Paksaan: Kadang-kala seorang individu itu tahu tindakanya bercanggah dengan etika dan moral tetapi kerana terpaksa atau dipaksa menyebabkan ia terus melakukannya.

Sebelum kita berdiskusi mengenai moral dan tanggungjawab social, anda diminta untuk belajar memahami kajian kes dan kaedah penyelesaian kes tersebut mengikut pandangan dan teori etika yang telah anda pelajari pada bab 1.

Untuk itu anda diminta menggunakan modul sebagai rujukan kes. Sila baca pernyataan masalah bagi kes diskriminasi muka surat 17 modul anda.

Sebuah syarikat multinational ingin bekerjasama dengan sebuah syarikat luar Negara yang berpegang kepada budaya semua urusan adalah dilakukan oleh orang lelaki. Syarikat ini langsung tidak dapat menerimanya jika urusan tersebut diserahkan kepada eksekutif wanita. Lantaran itu demi kebaikan perniagaan, syarikat multinational tadi telah mengenepikan eksekutif wanitanya dalam setiap urusan, perjumpaan dan perundingan perniagaannya. Hakikat ini mengujudkan keadaan ‘double standard” dan diskriminasi dalam organisasi tersebut antara pekerja lelaki dan wanita.

Soalan:

Bolehkah dalam kes diatas, pihak pengurusan syarikat multinational itu menggunakan alasan ‘terpaksa” atau dipaksa demi kepentingan perniagaan?

Kaedah penyelesaian kes:

  1. kaedah penyelesaian eternal law atau natural law
  2. kaedah penyelesaian utilitarianism
  3. kaedah penyelesaian silang budaya.

Berpandukan kepada kaedah penyelesaian kes di atas, anda diminta untuk menyelesaikan kes-kes berikut seperti yang terdapat dalam modul anda:

    • Kes projek Nuklear
    • Kes insuran

(Tutor anda akan membimbing anda bagi terus memahami konsep penyelesaian kes tersebut. Beberapa kes perbincangan baru akan dinyatakan. Misalnya Kes Iran dengan Projek Nuklearnya. Tindakan Amerika syarikat yang mahu menyerang Iran dan sebagainya.).

ETIKA DALAM KONTEKS ORGANISASI

  • Hanya individu sahaja yang mempunyai etika.
  • Organisasi tidak mempunyai etika, tetapi organisasi boleh berperanan untuk mengawasi etika ahli organisasinya.
  • Ini dilakukan melalui penetapan “Nilai dan Kod etika” organisasi tersebut.
  • Kod etika ialah pernyataan bertulis mengenai nilai dan etika yang mahu dicapai oleh organisasi tersebut terhadap anggotanya.
  • Sebarang perlanggaran kod tersebut akan dikenakan hukuman dan tindakan oleh organisasi tersebut.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

  • Tanggungjawab social ialah satu set obligasi dimana organisasi tersebut perlu pertahankan dan laksanakan demi untuk masyarakat dimana ia beroperasi .
  • Setiap tanggungjawab social mestilah memberikan kebaikan dan faedah kepada masyarakat yang menerima sumbangan tanggungjawab social tersebut.

ASAL USUL DAN IDEA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Era Keusahawanan (the entrepreneurial Era)
  • Era kemelesetan (the depression Era)
  • Era social (Social Era)

Era Keusahawanan

  • Bermula sekitar tahun 1800an di Amerika Syarikat
  • Usahawan-usahawan yang berjaya di Amerika spt John d. Rockfeller, Cornelius Vanderbilt, J.P. Morgan dan Andrew Carnegie telah memainkan peranan membantu rakan-rakan usahawan dan industri untuk terus berkembang. Mereka lakukan ini kerana rasa bertanggungjawab mereka kepada masyarakat. (lantaran dipanggil tanggungjawab social)
  • Tindakan usahawan ini telah mengujudkan hubungan baik dalam perniagaan antara semua pihak,- perniagaan, kerajaan dan masyarakat.

Era Kemelesetan

  • Berlaku sekitar tahun 1930an, dimana Amerika syarikat menghadapi zaman kemelesetan ekonominya.
  • Kemelesetan memberi kesan ekonomi kepada syarikat-syarikat perniagaan terutamanya syarikat-syarikat kecil pasti menghadapi masalah kewangan dan sebagainya untuk terus bersaing dalam pasaran.
  • Justru itu timbul ilham syarikat yang teguh, kuat membantu syarikat yang kecil bagi menyelamatkan mereka dari gulung tikar.
  • Ini bermakna syarikat besar memberi bantuan apa sahaja asalkan dapat menyelamatkan syarikat kecil yang berpotensi.
  • Tindakan syarikat-syarikat besar ini telah berjaya menyelamatkan syarikat kecil dan memperbaiki ekonomi Negara.
  • Justru tindakan syarikat besar membantu syarikat kecil dianggap sebagai satu tanggungjawab social yang mesti dilakukan disaat-saat Negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

Era social

  • Ia berlaku sekitar tahun 1960an.
  • Sekitar tahun-tahun 1960an, Amerika syarikat mengalami zaman bermasyarakat atau yang disebut Era social.
  • Presiden John F. Kennedy ketika itu telah memperkenalkan empat (4) asas hak sebagai pengguna iaitu:
    • Hak mendapat produk yang selamat
    • Hak untuk mendapat segala maklumat yang relevan mengenai produk
    • Hak untuk membuat ‘bantahan’ terhadap produk
    • Hak pengguna untuk memilih dan membeli produk
  • Akhirnya idea tanggungjawab social muncul disebabkan oleh 2 situasi:
    • Kepada siapa organisasi perniagaan itu patut bertanggungjawab?, dan
    • Siapa dalam organisasi yang patut bertanggungjawab terhadap keluaran organisasi?

BIDANG-BIDANG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Terdapat tiga (3) bidang utama Tanggungjawab social iaitu:

  1. konstituen. (anggota organisasi)
  2. alam sekitar (natural environment)
  3. kebajikan masyarakat (general social welfare)

Konstituen

  • Konstituen adalah anggota organisasi dan organisasi yang secara langsung berperanan dan memberi kesan kepada setiap prestasi organisasi tersebut.
  • Konstituen organisasi adalah merangkumi lembaga pengarah, pemegang saham, pekerja dan semua yang berkepentingan (stake holder) dalam organisasi tersebut.
  • Justru itu sebuah organisasi perlu melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada semua anggota konstituennya dan masyarakat dimana ia beroperasi.

Alam sekitar

  • Semua organisasi yang membuat keuntungan perlu memberi sumbangan kepada masyarakat yang diambil sedikit daripada keuntungan (profit) organisasi.
  • Organisasi perlu mengutamakan alam sekitar dalam setiap sumbangannya, seperti memberi sumbangan untuk program alam sekitar, pencemaran alam, pencemaran sungai, udara dan sebagainya demi kepentingan masyarakat setempat.

Kebajikan masyarakat

  • Selain membantu anggota organisasi dan konstituen, serta penjagaan alam sekitar, satu lagi tanggungjawab social ialah menjaga kebajikan masyarakat.
  • Organisasi dan individu serta kumpulan boleh melaksanakan tanggungjawab social mereka dengan memberi bantuan kebajikan masyarakat iaitu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, daif, miskin dan sebagainya melalui program-program tertentu seperti program bersamamu TV3 dsb.

PENDAPAT-PENDAPAT YANG MENYOKONG

DAN MENENTANG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

HUJAH-HUJAH YANG MENYOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Perniagaan mendatangkan banyak masalah kepada masyarakat, justru itu (cara mengatasinya) mereka perlu membantu masyarakat.
  • Ahli-ahli perniagaan juga adalah anggota masyarakat dan rakyat dalam Negara. Justru sumbangan mereka amat dihargai.
  • Perniagaan selalu mempunyai jalan penyelesaian dan sumber bagi menyelesaikan masalah.
  • Memberi tanggungjawab social kepada yang memerlukan akan mendatangkan keuntungan kepada organisasi tersebut.

HUJAH-HUJAH YANG MENENTANG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Matlamat perniagaan ialah untuk membuat keuntungan yang maksima dan bukannya mencipta kerugian.
  • Pelaburan dalam program social adalah merugikan dan boleh membawa kepada konflik kepentingan dan sebagainya.
  • Tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan kerja-kerja social.
  • Syarikat masih belum untung dan tidak boleh memberi sumbangan.

BAGAIMANA MEMPERKENALKAN ORGANISASI

KEPADA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Menilai Organisasi kepada tanggungjawab social adalah melalui rajah berikut yang menggambarkan darjah tertinggi dan terendah tanggungjawab social.
  • Darjah paling rendah tanggungjawab social ialah dari Halangan Social (social obstruction), kemudian diikuti oleh Obligasi social (social obligation), dan kemudiannya Tanggungjawab social (social responsibility) dan darjah paling tinggi ialah Sumbangan Social (Sosial contribution).
  • (untuk memudahkan kefahaman anda, sila rujuk modul mukasurat 28 – rajah 2.3)

KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Hubungan kerajaan dan organisasi bagi mewujudkan tanggungjawab social adalah secara dua hala timbal-balik seperti berikut:
    • Kerajaan mempengaruhi organisasi perniagaan, dan
    • Organisasi perniagaan mempengaruhi kerajaan

Kerajaan mempengaruhi perniagaan melalui cara:

  • Undang-undang alam sekitar
  • Undang-undang pengguna
  • Undang-undang pekerja
  • Undang-undang berkaitan saham, dan
  • Kod percukaian

Perniagaan mempengaruhi kerajaan melalui cara:

  • Hubungan peribadi dan pengaruh
  • Lobi melobi
  • Tindakan politik
  • Belas ihsan dan lain-lain taktik.

# (untuk kefahaman, eluk rujuk kepada rajah 2.4 ms 29 modul anda).

MENGURUS DAN MENAGANI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Pendekatan formal
  • Pendekatan tidak formal

PENDEKATAN FORMAL:

· Patuh kepada undang-undang (legal compliance)

· Patuh kepada etika (ethical compliance)

· Pemberian Derma dan sumbangan (philanthropic giving)

Patuh kepada undang-undang : merujuk sejauh mana organisasi patuh kepada undang-undang tempatan, negeri, persekutuan dan antarabangsa.

Patuh kepada etika: merujuk sejauh mana anggota organisasi patuh kepada kod etika yang ditetapkan oleh organisasi yang mengawasi kelakuan moral mereka.

Pemberian Derma dan sumbangan: merujuk kepada segala bentuk bantuan, dorongan, hadiah, dan program yang diwujudkan untuk kumpulan tertentu. Contohnya orang miskin dan fakir diwujudkan program khas bersamamu oleh TV3.

PENDEKATAN TIDAK FORMAL:

  • Pemimpin dalam organisasi dan budaya
  • Peniup wisel (whistle blowing)

Pemimpin Organisasi dan budaya: merujuk kepada bagaimana kepimpinan organisasi menerapkan tanggungjawab social dalam organisasi sehingga berjaya mengujudkan budaya kerja dan budaya korporat bagi organisasi tersebut.

Whitle Blowing: merujuk kepada istilah bagaimana seorang pekerja membuat ‘bising’ atau war-warkan sesuatu mengenai sesuatu yang bertentangan dengan etika dan sesuatu yang menyalahi undang-undang dengan berbagai cara dan tindakan.

Friday, June 16, 2006

Jawapan bahagian C

Soalan 1 a

Takrif Etika Professional
Etika professional membentuk nilai-nilai sekumpulan manusia yang dilatih scara bersama, di bina untuk mengawal prestasi kerja atau cara menggunakan sumber. Mereka mengadakan (dalam organisasi) peraturan dan nilai-nilai budaya professional yang sama dengan masyarakat yang mereka wakili. Kelakuan mereka, semasa membuat keputusan, akan dicerminkan melalui peraturan dan nilai yang mereka bina itu. (4 Markah)

Contoh Pekerjaan
Jururawat, peguam, penyelidik, doctor dan akauntan (1 Markah)

Soalan 1 b

(a) Pengaruh Keluarga-Individu mula membentuk standard etika semasa kanak-kanak sebagai tindakbalas kepada tanggapan terhadap tingkahlaku ibubapa mereka. Kanak-kanak dari keluarga yang mengamalkan standard etika yang tinggi (contohnya bersifat benar) akan mengamalkan etika yang tinggi, tambahan pula apabila mereka mendapat ganjaran kerana kepatuhan dan hukuman jika mengingkarinya. Sekiranya ahli keluarga terlibat dalam kelakuan tidak beretika (seperti berbohong) dan membenarkan anak-anak mereka melakukan pekara yang sama, maka besar kemungkinan anak-anak tadi akan membentuk standard etika yang rendah.
(b) Pengaruh Rakan-Rakan - Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan di pengaruhi oleh rakan-rakan pergaulan seharian mereka. Contohnya, sekiranya rakan kanak-kanak itu terlibat dalam perbuatan mencuri, vandalism atau penyalahangunaan dadah, kanak-kanak tersebut mungkin akan turut melakukan pekara yang sama. Sebaliknya, Sekiranya rakan mereka mempunyai standard etika yang tinggi dan menolak perbuatan tersebut, besar kemungkinan mereka juga akan menerima standard tersebut.
(c) Pengalaman Hidup - Banyak peristiwa penting, positif dan negatif, membentuk kehidupan sesaorang dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika mereka. Peristiwa ini merupakan sebahagian dari proses pembesaran dan kematangan. Contohnya sesaorang yang mencuri dan terlepas dari hukuman tidak akan merasa menyesal dan akan terus dengan perbuatan tersebut.
(d) Nilai dan moral Peribadi - Nilai dan moral juga mempengaruhi standard etika sesaorang. Sebagai contoh, sesaorang yang meletakkan kepentingan kewangan dan kemajuan peribadi paling utama dalam kehidupan akan mengambil kod etika yang mengejar kepada kemewahan. Oleh itu ia mungkin akan menjadi rakus dalam mengejar kemewahan tanpa mengambil kira akibat pebuatan terhadap orang lain. Sesaorang yang mementingkan kekeluargaan akan mengambil kod etika yang berbeza.
(e) Faktor Situasi - Faktor akhir menentukan etikal individu ialah faktor situasi. Kadangkala sesaorang secara tidak sengaja berada dalam situasi yang memerlukan mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan yang baik. Sebagai contoh, sesaorang yang mempunyai masaalah kewangan perlu menipu dalam akaun tuntutan mereka. Walaupun keadaan ini tidak memberi justifikasi kepada ketidakjujuran mereka, namun ianya perlu dalam kontek memberi kefahaman mengapa sesaorang akan bertindak secara tidak beretika sekiranya mereka tidak mempunyai pilihan. (5 Markah)


Soalan 2 a
(1) Utilitarian
Mengikut pandangan Utilitarian tentang etika, sesaorang harus menilai dilema etika dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal timbul dari tindakannya. Sesuatu tindakan yang baik dari segi moral ialah tindakan yang menghasilkan natijah yang paling baik bagi orang yang paling ramai.
(2)Golden rule
Ialah istilah yang digunakan oleh agama kristian kepada ajaran Christ, “lakukan ke atas orang lain sebagaimana kamu ingin mereka lakukan ke atas kamu”. Prinsip yang sama juga boleh didapati dalam kebanyakkan agama lain (walaupun tidak semua). Ia memerlukan penentuan beberapa cara tindakan dan memilih cara yangmana kita inginkan orang lain bertindak terhadap kita.
(3)Kantian/Rights (hak)
Diutarakan oleh ahli falsafah Immanuel Kant, Pandangan Kantian/Rights mengandaikan bahawa alam moral (Moral Universe), setiap orang mempunyai beberapa hak yang asas.
(4)Enlighten Self Interest
Satu lagi pandangan tentng etika ialah kepentingan diri (self interest) boleh menjadi satu kekuatan yang positif. Oleh kerana individu berusaha kearah kepentingan diri, mereka akhirnya meningkatkan kebajikan semua ahli organisasi. (8 Markah)

soalan 2 B
Ia memerlukan penentuan beberapa cara tindakan dan memilih cara yangmana kita inginkan orang lain bertindak terhadap kita. ‘Orang lain” dalam yang perlu diambil kira dalam peraturan ini ialah oarng-orang yang berkepentingan (stkeholders) dalm organisasi. Orang-orng yang berkepentingan dalam organisasi ialah para pelabur, rakan kongsi, kakitangan, kesatuan pekerja, pelanggan, pembekal dan kerajaan. (2 Markah)

Sunday, June 11, 2006

ETIKA KERJA PROFESSIONAL
Profésionål  1999
Sekapur Sireh
x
Etika Kerja Professional 1
Definisi
3
Fungsi Kod Etika Professional
6
Amalan Tidak Beretika Dikalangan Professional
11
Teras Etika Kerja Professional
19
Kesimpulan
20
Rujukan





Sekapur Sireh BACK TO THE TOP

Alhamdullillah, bersyukur kami kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ribuan terima kasih kami kepada Encik Mohd Nasir Bin Markom yang telah banyak membantu kami memberi tunjuk ajar dan panduan bagi meyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga individu-individu lain yang telah banyak membantu kami sama ada secara langsung ataupun tidak. Insya Allah tugasan ini sedikit sebanyak akan menjelaskan Etika Kerja Professional.

Akhir kata kami memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kami. Mudah–mudahan Allah SWT yang Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua, Amin.

"Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, doa yang tidak dimakbulkan dan daripada nafsu yang tidak pernah kenyang"

Wassalam.


Definisi BACK TO THE TOP

Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian.
Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".
Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka.
Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.


Fungsi Kod Etika Professional BACK TO THE TOP

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri kearah yang lebih beretika. Secara datarnya kod etika ini berfungsi sebagai :

a. Inspirasi dan panduan

Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik.
Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.

b. Pencegahan Dan Disiplin

Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesbuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendir.i.

c. Memelihara Maruah Profesyen

Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing.
Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiap ahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.

d. Memelihara Keharmonian
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya

e. Sokongan
Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan.
Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan yang bertentangan dengan etika professional syarikat berkenaan.
Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang professional.
Semua etika professional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.


Amalan Tidak Beretika Dikalangan Profesional BACK TO THE TOP

Ahli-ahli profesional dalam tugas-tugas seharian mereka berurusan dengan pelbagai pihak. Tidak kira dengan siapa mereka berurusan, ianya mempunyai implikasi undang-undang yang luas.
Namun begitu dari semasa ke semasa, pelbagai jenayah kolar putih yang melibatkan ahli profesional telah diketengahkan Ini menggambarkan perbuatan-perbuatan yang tidak beretika di kalangan para ahli profesional.
Kebanyakan daripada mereka ini beranggapan bahwa etika adalah semata-mata untuk menyekat serta mengongkong kehidupan mereka. Mungkin pada masa sekarang ini ramai yang beranggapan bahawa tidak perlu lagi etika dalam kerja mereka kerana ianya akan menghadkan 'pergerakan' mereka dalam organisasi tersebut. Di bawah ini adalah sebahagian contoh perbuatan tidak beretika tersebut:

a. Salah Guna Kuasa
Dewasa ini, banyak kes yang kita dengar berhubung dengan salah guna kuasa oleh sesetengah pihak. Jenayah ini berlaku demi menjaga nama dan maruah seseorang itu dari dikenakan tindakan undang-undang daripada jenayah yang telah dilakukan.
Kuasa dan pangkat juga digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Ianya juga digunakan untuk menipu dan memberi rasuah. Jikalau dilihat dari segi agama ia secara terang ditentang kerana ianya dianggap tidak bermoral dan tidak berlaku adil kepada mereka lain. Mereka yang terlibat dalam penyalah gunaan kuasa dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan mengetepikan norma-norma masyarakat. Mereka juga menggunakan kuasa untuk menyalah gunakan maklumat untuk tujuan memberi keuntungan kepada keluarga dan rakan-rakan dalam pemberian kontrak atau dalam menguruskan pinjaman atau subsidi.

b. Rasuah
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai "ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan". Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk meterial.
Rasuah adalah satu jenayah kolar putih paling tinggi di Malaysia. Sungguhpun begitu hukuman yang dikenakan pada masa sekarang bagi mereka yang telah melakukan jenayah ini adalah tidak releven. Ini kerana jumlah denda yang diekenakan adalah amat kurang daripada jumlah nilai barangan atau bahan yang dirasuah.
Jikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdoasa dan amat berat hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan juga saksi-saksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut.
Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal.
Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat.
Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya diluluskan.
Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada sesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan
Namun demikian, di sesetengah buah negara, amalan ini 'diterima' oleh masyarakat walaupun ianya terang-terang salah di sisi undang-undang. Ini mungkin disebabkan pendapatan bulanan yang rendah seperti di Thailand, India, Indonesia dan Amerika Latin. Banyak faktor yang menyokong jenayah ini 'diterima' di negara-negara ini. Diantaranya termasuklah kesempitan hidup, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDK) yang rendah

c. Penipuan
Pada keadaan sekarang penipuan boleh dianggap sebgai suatu perkara yang biasa di'amal'kan oleh mana-mana pihak sama ada profesinal ataupun tidak. Penipuan biasa berlaku secara senyap dan tidak dapat dikesan. Ianya berlaku dalam keadaan sedar dan mereka yang bersekongkol dalam penipuan tersebut dan mereka tahu akan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Penipuan mempunyai pelbagai tujuan. Peniouan dilakukan untuk menyembunyikan kesalahan yang telah dilakukan dari pengetahuan umum. Terdapat pelbagai penipuan boleh dilakukan dan antaranya adalah pemalsuan dokumen dan maklumat, pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan dan lain-lain. Yang biasa kita lihat adalah penipuan dalam pengiklanan barangan dan rumah kediaman. Penipuan boleh dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan sepertiman yang telah diterangkan pada (a dan b) di atas.
Penipuan merendahkan integriti dan maruah seseorang itu di martabat masyarakat. Ini akan menghakis kepercayaan rakyat kepada mereka yang terlibat.

Golongan profesional adalah golongan yang lebih banyak terdedah dengan perlakuan tidak beretika atau jenayah kolar putih. Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai keadaan dan orang pelbagai peringkat dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi pangkat dan jawatan disandang, maka lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi.
Tindakan pertama melangkah batas-batas etika akan membawa diri seseorang itu terus terjebak dalam kancah yang tidak beretika dan amat sukar sekali apabila seseorang itu telah mula terlibat dengan etika yang tidak bermoral ini ingin keluar daripada apa yang telah 'biasa' mereka lakukan.
Kesimpulannya, walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka yang melakukan amalan yang tidak sihat ini. Pbuatan ini mungkin disebabkan masih ramia diantara mereka yang memikirkan etika sebagai malaikat yang mengawal segala tindak tanduk mereka dalam semua hal.
Persekitaran juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Ini dilakukan demi menjaga reputasi dan periuk nasi mereka - walaupun mereka mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah disisi undang-undang.
Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika adalah ibarat penyakit barah yang sekiranya tidak dirawat akan memudaratkan seluruh anggota badan sehingga menyusahkan orang. Penyakit ini hanya dapat diubati dengan perlaksanaan undang-undang yang ketat. Dalam erti kata lain, pelaksana undang-undang juga tidak boleh bersekongkol dengan mereka dan tindakan undang-undang yang dikenakan haruslah tidak 'memilih bulu'.
Selain perlaksanaan undang-undang, kesedaran individu itu adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai perisai utama diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Namun begitu, apa pun penyelewengan yang mereka lakukan adalah salah dan bertentangan dengan agama, kod etika profesional dan undang-undang serta norma-norma masyarakat amnya.


TERAS ETIKA KERJA PROFESSIONAL BACK TO THE TOP

Ciri-ciri yang dinyatakan berikut wajar dijadikan panduan yang dianggap sebagai teras "Etika Kerja Professional".
a. Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah.
Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.

b. Sikap Berinisiatf
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja. Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.

c. Niat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.
Persepsi seorang pekerja itu terhadap kerjanya boleh disimpulkan dalam sebuah kisah pendek mengenai tiga orang pekerja binaan.
Apabila mereka ditanya :-
" Apakah yang sedang anda lakukan ini ?"
Jawapan mereka:-
Pekerja pertama berkata : "Saya sedang cari makan ".
Pekerja kedua berkata : "Saya sedang membuat dinding ".
Pekerja ketiga berkata : "Saya sedang membina sebuah bandar yang indah dan permai".

Antara tiga pekerja binaan ini, siapakah yang paling berminat dan komited terhadap kerjanya ? Pastilah pekerja yang ketiga. Orang yang ketiga ini lebih memahami tujuan kerjanya itu dan lebih komited terhadap apa yang dilakukannya.2 Seseorang yang ingin bekerja dengan baik mestilah bekerja dengan niat yang ikhlas tidak kerana riak, menunjuk-nunjuk, kerana terpaksa atau kerana tujuan lain. Kerja atau amalan yang kita lakukan bukan kerana niat yang betul akan mengurangkan kualiti kerja yang dilakukan..

Oleh itu, setiap kerja yang ingin kita lakukan hendaklah ikhlas. Ikhlas itu bermaksud murni atau bersih, tidak ada campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih tanpa campuran daripada lain-lain bahan seperti perak, tembaga dan sebagainya. Maksud bersih di sini ialah, bersihnya sesuatu pekerjaaan dari campuran motif atau tujuan seperti ingin dipuji orang, ingin mendapat nama dan sebagainya.

Contohnya, dua orang yang memberi derma kepada fakir miskin. Seorang menderma kerana Allah semata-mata, manakala seorang lagi menderma kerana mahukan pujian dan nama sebagai seorang dermawan. Dari segi lahiriah, kedua-dua mereka itu sama sahaja iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, tetapi nilai murni dan akhlak orang yang pertama lebih tinggi daripada orang yang kedua.

d. Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah syarikat pemaju perumahan tidak wajar menggondolkan suatu kawasan hutan dengan sesuka hati demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber pendapatan penduduk setempat.
Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek-projek dewasa ini hampir melupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada masyarakat. Peranan ahli-ahli teknokrat amat penting dalam menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

e. Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.

f. Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan yang sering dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, "Peluang mesti dicari, ianya tidak diberi". Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan.

g. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek. Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah menggemparkan sebuah gergasi politik di negara kita.

h. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya dengan tujuan melipatgandakan keuntungan.

i. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa keuntungan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)

Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuah pada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

j. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbual-bual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa. Firman Allah yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."
(Surah Al-Asr Ayat 1-3)

k. Menilai Diri (Muhasabah)

Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Penilaian diri (self-evaluation) ini tidak sama ertinya atau kurang bermakna jika seorang itu pada awalnya tidak menggariskan, merancang atau menentukan apa yang ia hendak laksanakan dalam tempoh tertentu.3 Begitu juga penilaian diri ini juga bukan bermaksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, tetapi agar kita menguji diri sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan dalam diri kita dan kesilapan strategi di dalam pekerjaan.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.


Kesimpulan BACK TO THE TOP

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para teknokrat.


RUJUKAN BACK TO THE TOP

1. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
2. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
3. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
4. Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan Petronas, Bangi, Selangor.
5. Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
6. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
7. Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid (KSUN), Kertas Kerja "Ethics And The Civil Services" Seminar Etika Kerja Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1990.
8. Nota Kuliah

Thursday, June 01, 2006

Etika Professional

Unit 1
PENGENALAN
Unit 1 mempunyai tiga bab, menekan kepada tiga bidang utama dalam etika perniagaan dan professional. Komponen pertama mengkaji konsep-konsep dan teori-teori asas moral, sejarah dan perkembangan teori etika, kajian sistematik tentang betul dan salah dan applikasi teori etika yang kritikal bagi masalah sosial semasa.
Bahagian kedua mengkaji sebab-sebab bagi tanggongjawab bermoral dan applikasinya dalam pelbagai bidang sosial dan perniagaan. Termasuk dalam bahagian ini ialah etika dalam kontek organisasi, memfokus kepada tanggongjawab sosial.
Bahagian akhir dalam unit ini berkait dengan persoalan mencari keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi apabila berdepan dengan dilema etika.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
1. menerangkan pelbagai isu yang sering timbul dalam amalan perniagaan dan professional;
2. menggaris dan mengambilkira isu-isu tersebut dari sudut pelbagai teori;
3. menilai sejauhmana pendekatan-pendekatan tersebut dapat menyelesaikan tanggungan moral;
4. menggunapakai pendekatan-pendekatan tanggongjawab moral dan sosial kepada kes-kes terpilih bagi menetukan pilihan untuk penyelesaian.
5. memberi gambaran skop etika yang lebih luas dalam pengurusan moden dan memahami pelbagai ciri permasalahan etika dalam pengurusan; dan
6. melihat ethik dari perspektif Islam.









BAB 1
PENGENALAN
Dalam bab ini pelajar akan didedahkan kepada konsep-konsep dan teori-teori asas moral, sejarah dan perkembangan teori etika, dan kajian yang sistematik tentang pekara salah dan benar, dan kebaikan dan kejahatan. Konsep-konsep dan teori-teori ini akan di applikasikan kepada dilema-delima pengurusan masakini.
OBJEKTIF-OBJEKTIF
Pada akhir bab ini anda sepatutnya dapat:
1. Memahami pelbagai isu-isu etika yang ditimbilkan oleh amalan perniagaan dan profesional;
2. memahami iisu-isu tersebut dari pelbagai perpeksif teorikal; dan
3. menilai kemampanan beberapa cara penyelesaian yang dicadangkan.
1.1 ALASAN MORAL DAN TEORI ETIKA



Masalah etika juga besifat menyeluruh kerana pengurus membuat keputusan dan mengambil tindakan yang memberi kesan kepada orang lain. Sekiranya ia memberikan kesan yang negatif terhadap orang lain, sekiranya keputusan tersebut menjadikan mereka kecewa atau mendapat kecederaaan yang melampaui kawalan individu, maka kita mempunyai masalah ethik yang memperlukan beberapa tahap analisa moral selain dari analisa ekonomi yang biasa.
1.1.1 Takrif Ethik


Ethik secara umumnya ditakrifkan sebagai prinsip tingkah laku individu yang boleh di terima dari segi moral atau akhlak. Kita mengistilahkan ethik sebagai kepercayaan peribadi individu tentang kelakuan betul dan salah. Walaupun definisi mudah ini menerangkan intipati ethik, tiga implikasi memerlukan perkiraan tambahan:
a. perhatikan bahawa ethik ditakrifkan secara invidu – manusia mempunyai ethik, sementara organisasi tidak;
b. Apa yang dimaksudkan sebagai kelkuan beretika berbeza antara sesaorang dengan yang lain;
c. Ethik ialah relatif, bukannya mutlak. Ini bermaksud apa yang dianggap kelakuan beretika ialah dari sudut pandangan yang melihat, ia selalunya (secara umumnya) bertepatan dengan nilai-nilai sosial.
1.1.2 Takrif Etika Professional
Etika professional membentuk nilai-nilai sekumpulan manusia yang dilatih scara bersama, di bina untuk mengawal prestasi kerja atau cara menggunakan sumber. Mereka mengadakan (dalam organisasi) peraturan dan nilai-nilai budaya professional yang sama dengan masyarakat yang mereka wakili. Kelakuan mereka, semasa membuat keputusan, akan dicerminkan melalui peraturan dan nilai yang mereka bina itu.
Setengah organisasi mempunyai banyak kumpulan pekerja professional – Jururawat, peguam, penyelidik, doctor dan akauntan- dimana kelakuan mereka ditadbir oleh etik-etik professional. Etika professional membantu membentuk budaya organisasi dan menetukan nilai yang digunakan oleh ahli-ahlinya dalam urusan mereka dengan kumpulan lain yang mempunyai kepentingan yang sama. Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan untuk menguatkuasa piawai (standard) etika bagi profession mereka. Doktor dan Peguam, misalnya, boleh di tahan dari menjadi pengamal sekiranya mereka melanggar peraturan professional mereka.
1.1.3 Pembentukkan etika individu
Beberapa faktor penting dalam pembentukan etika individu, (sebagaimana ditunjukkan dalam gambarajah 1.1 di bawah):

Faktor-faktor yang membentuk Etika Individu

Pengaruh Pengaruh Pengalaman Nilai-nilai Faktor
Keluarga Rakan-Rakan Hidup Dan
Moral Peribadi Situational

Gambarah 1.1: Beberapa faktor yang penting dalam pembentukan etika individu
(a) Pengaruh Keluarga
Individu mula membentuk standard etika semasa kanak-kanak sebagai tindakbalas kepada tanggapan terhadap tingkahlaku ibubapa mereka. Kanak-kanak dari keluarga yang mengamalkan standard etika yang tinggi (contohnya bersifat benar) akan mengamalkan etika yang tinggi, tambahan pula apabila mereka mendapat ganjaran kerana kepatuhan dan hukuman jika mengingkarinya. Sekiranya ahli keluarga terlibat dalam kelakuan tidak beretika (seperti berbohong) dan membenarkan anak-anak mereka melakukan pekara yang sama, maka besar kemungkinan anak-anak tadi akan membentuk standard etika yang rendah.
(b) Pengaruh Rakan-Rakan
Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan di pengaruhi oleh rakan-rakan pergaulan seharian mereka. Contohnya, sekiranya rakan kanak-kanak itu terlibat dalam perbuatan mencuri, vandalism atau penyalahangunaan dadah, kanak-kanak tersebut mungkin akan turut melakukan pekara yang sama. Sebaliknya, Sekiranya rakan mereka mempunyai standard etika yang tinggi dan menolak perbuatan tersebut, besar kemungkinan mereka juga akan menerima standard tersebut.
(c) Pengalaman Hidup
Banyak peristiwa penting, positif dan negatif, membentuk kehidupan sesaorang dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika mereka. Peristiwa ini merupakan sebahagian dari proses pembesaran dan kematangan. Contohnya sesaorang yang mencuri dan terlepas dari hukuman tidak akan merasa menyesal dan akan terus dengan perbuatan tersebut.
(d) Nilai dan moral Peribadi
Nilai dan moral juga mempengaruhi standard etika sesaorang. Sebagai contoh, sesaorang yang meletakkan kepentingan kewangan dan kemajuan peribadi paling utama dalam kehidupan akan mengambil kod etika yang mengejar kepada kemewahan. Oleh itu ia mungkin akan menjadi rakus dalam mengejar kemewahan tanpa mengambil kira akibat pebuatan terhadap orang lain. Sesaorang yang mementingkan kekeluargaan akan mengambil kod etika yang berbeza.

(e) Faktor Situasi
Faktor akhir menentukan etikal individu ialah faktor situasi. Kadangkala sesaorang secara tidak sengaja berada dalam situasi yang memerlukan mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan yang baik. Sebagai contoh, sesaorang yang mempunyai masaalah kewangan perlu menipu dalam akaun tuntutan mereka. Walaupun keadaan ini tidak memberi justifikasi kepada ketidakjujuran mereka, namun ianya perlu dalam kontek memberi kefahaman mengapa sesaorang akan bertindak secara tidak beretika sekiranya mereka tidak mempunyai pilihan.




1.1.4 Pandangan-Pandangan Tentang Etika
Apabila sesaorang individu berdepan dengan masalah etika, mereka selalunya memerlukan panduan untuk memilih tindakkan yang betul. Keputusan akhir, walaubagaimanapun, bergantung kepada pandangan sesaorang tentang etika. Pandangan-pandangan yang biasa dirumuskan seperti berikut:


Gambarajah 1.2: Pendapat Tentang Etika


(a) Utilitarian
Mengikut pandangan Utilitarian tentang etika, sesaorang harus menilai dilema etika dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal timbul dari tindakannya. Sesuatu tindakan yang baik dari segi moral ialah tindakan yang menghasilkan natijah yang paling baik bagi orang yang paling ramai. “Greatest Good” merujuk kepada tahap kenikmatan atau kesakitan yang terhasil dari sesuatu tindakan, tahap dimana khendak sesaorang dapat dipenuhi, atau dipanggil kebaikan ekonomi (Economic Benefits). Untuk mengunapakai pandangan ini, kita perlu menentukan:
• Siapa yang mendapat kesan secara langsung atau tak langsung;
• Apa kebaikan dan kerosakan yang akan mereka perolehi; dan
• Berapa lama kesan tersebut akan berakhir.
Satu contoh yang baik dalam hal ini ialah dalam membuat keputusan tentang alam sekitar. Keputusan untuk mengekal atau menghapuskan alam sekitar akan memberikan kesan yang meluas.

(b) Golden Rule
Golden rule ialah istilah yang digunakan oleh agama kristian kepada ajaran Christ, “lakukan ke atas orang lain sebagaimana kamu ingin mereka lakukan ke atas kamu”. Prinsip yang sama juga boleh didapati dalam kebanyakkan agama lain (walaupun tidak semua). Ia memerlukan penentuan beberapa cara tindakan dan memilih cara yangmana kita inginkan orang lain bertindak terhadap kita. ‘Orang lain” dalam yang perlu diambil kira dalam peraturan ini ialah oarng-orang yang berkepentingan (stkeholders) dalm organisasi. Orang-orng yang berkepentingan dalam organisasi ialah para pelabur, rakan kongsi, kakitangan, kesatuan pekerja, pelanggan, pembekal dan kerajaan.

(c) Kantian/Rights (hak)
Diutarakan oleh ahli falsafah Immanuel Kant, Pandangan Kantian/Rights mengandaikan bahawa alam moral (Moral Universe), setiap orang mempunyai beberapa hak yang asas, sebagaimana ditunjukkan dalam jadual 1.1:


Hak (Rights) Keterangan
Hak untuk memberi kebenaran Setiap orang mempunyai hak mendapat layanan selagi mereka secara sedar dan memberi kebenaran untuk di layan.
Hak persendirian (privacy) Setiap orang mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja dalam waktu rahasia mereka, dan mereka berhak untuk mengawal apa yang hendak mereka ceritakan tentang aktiviti persendirian mereka.

The right of freedom conscience Setipa orang mempunyai hak untuk menolak dari nelakukan sesuatu yang bertentang dengan kepercayaan moral mereka kerana kepercayaan ini selalunya melambangkan norma-norma yang boleh diterima.

The right of due process. Sekirannya ssaorang merasakan hak-hk mereka telah di cabuli, merka mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan yang adil.

Mengikut pandangan-pandangan tentang etika Kantian/rights, tindakan yang benar dari segi moral ialah yang tindakan yang mempunyai unsur pecabulan yang paling minima keats hak di atas. Untuk menyelesai dilema etika, mengikut pandangan golongan ini ialah sesaorang hendaklah mengambil kira golongan stakeholder yang mana yang mendapat kesan dari tindakan mereka dan sejauhmana hak-hak mereka telah dicabuli.








(d) Enlighten Self Interest

Satu lagi pandangan tentng etika ialah kepentingan diri (self interest) boleh menjadi satu kekuatan yang positif. Oleh kerana individu berusaha kearah kepentingan diri, mereka akhirnya meningkatkan kebajikan semua ahli organisasi. Oleh itu, jurutera yang mencipta pattentable process, pemasar yang mendidik pembeli tentang perkhidmatan baru, dan pengguna yang membeli almari baru semuanya menyumbang kepada taraf hidup orang lain.

Untuk meningkatkan kefahaman anda, cuba latihan berikut.


1.2 FALSAFAH NORMATIVE DAN RELATIVISMA ETIKA


Falsafah normatif telah melihat kepada isu ini sejak 2400 tahun yang lalu- sejak zaman Plato (hidup antara 427 – 347 BC). Mereka telah cuba untuk mengadakan satu proses pemikiran yang logik berdasarkan ‘incontrovertible first principle’ yang akan menentukan samada sesuatu tindakan itu ‘benar’ atau ‘salah’, ‘baik’ atau ‘jahat’, ‘adil’ atau ‘tidak adil’.

Isu berikut yang perlu di atasi dalam kenyataan teknik moral reasoning berkait dengan relativisma etika. Soalan di sini sangat mudah. Wujudkah prinsip-prinsip universal yang objektif di mana sesaorang dapat membina satu sistem etika yang dapat dipakai bagi semua kumpulan dalam semua budaya pada setiap masa? Standard moral bagi kelakuan berbeza diantara kumpulan dalam satu budaya, antara budaya dan antara masa yang berbeza. Ini jelas, sebagai contoh, di Malaysia, dimana standard moral bagi keputusan tentang keselamatan barangan berbeza antara pemimpin kumpulan yang menjaga kepentingan pengguna dan ekesutif syarikat-syarikat besar. Besar kemungkinan perbezaan dari segi standard keselamatan barangan ini mempunyai perbezaan yang lebih besar dibanding antara Malaysia dan Timur Tengah, atau antara masa kini dengan lewat abad ke 19.

1.3 TEORI ETIKA

Telah diterima secara universal bahawa kita terhutang sesuatu kepada orang lain dalam masyarakat, dan kita terikat dengan konsep betul dan salah dalam tingkahlaku kita kepada orang-orang ini, harus dijadikan kenyataan. Iaitu, kita perlu mengadakan berapa cara analisa yang konsisten dalam mengkelaskan tindakan kita sebagai salah atau betul. Sekiranya kita tidak mampu ianya bukanlah kerana kita tidak mencuba. Sebagaimana yang ditengkan sebelum ini, sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu penuh dengan percubaan untuk menjustifikasikan standard moral dan untuk mengadakan sistm moral. Tidak ada yang berjaya secara sempurna namun sekurang-kurangnya terdapat lima sistem utama yang mempunyai kaitan langsung dengan keputusan pengurusan.

Ianya ialah:
• Eternal law (Thomistic Natural Law)
• Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism
• Classical Deontological Ethical Theory: Universalism
• Distributive Justice Theory
• Personal Liberty Theory

1.3.1 Eternal Law (Hukum Abadi)

Ramai pemimpin Agama dan beberapa ahli Falsafah (Thomas Aquinas & Thomas Jefferson, diantaranya) percaya bahawa terdapat hukum-hukum yang abadi dalam pemikiran tuhan, ditonjolkan dalam bentuk keadaan Semulajadi (nature), diwahyukan dalam kitab-kitab suci yang selalunya nyata kepada sesiapa yang mengkaji alam semulajadi atau kitab-kitab tersebut. Thomas jefferson, merupakan ahli kemanusiaan sekular yang pertama percaya bahawa kebenaran hukum adalah “self-evident”. Dalam prasanya yang masyhur, hak-hak tidak dapat dipisahkan (inalienable) dan tanggongjawab terbit dari hak tersebut.



Apa yang silap dengan hukum abadi atau hukum semulajadi (ditafsirkan oleh pemimpin agama atau ahli falsafah normatif) sebagai asas kepada sistem etika dalam pengurusan? Tiada. Kecuali kepada beberapa tafsiran. Kedua-dua ahli agama mahupun ahli teori hukum semulajadi ini dapat bersetuju secra tepat tentang peruntukan dalam kebenaran yang di turunkan (wahyu) atau kebenaran berdasarkan alasan. Setiap agama memperuntukkan standard moral bagi ahli-ahli mereka dan banyak diantara hli-ahli mereka menerimapakai serta menggunakan standard ini dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, stndard ini berbeza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain, dan tidak terdapat satu cara yang tepat untuk mengetahui mana satu yang betul, terbaik atau sesuai untuk masyarakat. Golden rule pun, yang betul mudah, elegant, pnduan yang sesuai untuk kehidupan, tidak dapat di applikasikan secara universal pada setiap masa.

1.3.2 Classical Teleological Ethical theory: Utilitarianism


Beberapa ahli falsafah barat seperti Jeremy Bentham dan J.S. Mill , berpendapt bahawa nilai moral bagi kelakuan peribadi boleh ditentukan semata-mata kepada kesan atau natijah daripada kelakuan tersebut. Yaitu, sesuatu tindakan adalah betul sekiranya ia memberi kesan baik kepada manusia. Sebaliknya ianya salah jika ia menyebabkan kecederaan atau kerosakkan. Objektifnya ialah untuk mengadakan tahap faedah yang tinggi kepada jumlah manusia yang paling banyak dn mengurangkan kerosakan kepada tahap yang paling sedikit.

Faedah-faedah ini bukan setakat faedah material semata-mata – persahabatan, pengentahuan, kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup juga perlu diambil kira. Jumlah kepuasan atau faedah untuk masyarakat juga perlu diambil kira. Faedah-faedah ini tidak semuanya positif. Terdapat juga kos negatif dan kesan buruk yang timbul dari tindakan perlu juga diambil kira untuk mengujudkan keseimbangan. Kos negative atau kesan buruk termasuklah kesakitan, penyakit, kematian, kejahilan, pemulauan dan kemurungan. Jumlah kerosakan atau kecederaan perlu diambil kira dan diimbangi dengan kesan bersih dapat di kira.

Sistem etika teleological, yang menfokus kepada kesan terhapad individu, bukannya niat sesuatu tindakan ini disebut sebagai Utilitarianisma. Ia biasanya di kaitkan dengan Jeremy Betham (1748-1832), seorang ahli fikir British. Perkataan ini diambil dari perkataan utility , yang, pada abad ke 18, merujuk kepada kegunaan barangan rumah atau binatang peliharaan. Dalam teori ekonomi mikro, ia mengukur tahap kepuasan atau kecenderungan kita kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan berbanding dengan harga. Dalam teori utilitarian, istilah ini merujuk kepada persepsi kita terhadap faedah bersih dan kos yang berkait dengan satu-satu tindakan.

Utiulitarianisma berbeza dari konsep analisa kos/faedah bidang ekonomi dimana agihan kos dan faedah perlu dimasukkan bersama-sama, iaitu setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira. Dalam teori utilitarian, “Kebaikan yang paling besar kepada jumlah manusia yang paling bank” mendahului “Kebaikan yang paling besar kepada golongan sedikit, lebih elite dari segi jumlah”.

Apa yang silap tentang Utilitarian? Tidak banyak, kecuali ia mungkin di salahgunakan. Dalam keadaan mudah dimana (dalam kes majoriti) tidak ada siapa yang akan mendapat kerosakan, dan dalam keadaan dimana faedah dan kos dapat dikira melalui pengiraan kewangan, analaisa sebegini amat berguma sekali. Tetapi terdapat juga keadaan dimana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba memberi justifikasi faedah kepada golongan majoriti masyarakat dengan mengenakan penalti atau mengorbankan kepentingan minoriti.

Utilitarian gagal kerana:
(a) Dalam keadaan sebenar terdapat 2 prinsip: Kebaikan yang paling besar dan jumlah yang paling besar. Dalam proses perbincangan kita, 2 prinsip ini berkonflik, dan kemudian kita tidak mempunyai satu cara untuk menentukan yangmana tindakan yang ‘benar’ atau ‘terbaik’ atau ‘sesuai’.
(b) Utilitarian juga gagal kerana kita mungkin akan dapat bersetuju bahawa terdapatnya tindakan-tindak yang salah walaupun ia memberikan kebaikan kepada jumlah masyarakat yang ramai. Misalnya pembunuhan keatas seorang kanak-kanak yang tidak bersalah tetapi memberi kebahagian kepada orang ramai. Tindakan sebegini tidak dapat diterima.
(c) Teori teleological juga gagal untuk menjadi penentu tindakan moral kerana adalah mustahil untuk memngimbangi faedah bagi majoriti dan pengorbanan golongan minoriti.

1.3.3 Classical Teleological Ethical Theory: Universalism

Dari segi intipati prinsip ini berlawanan dengan prinsip teori teleological.




Sekiranya anda mempunyai hasrat yang mulia untuk orang lain maka hasrat anda itu perlu dipuji, walaupun perbuatan anda mungkin akan menyusahkan orang ramai.