Proffesional Ethic

Untuk kegunaan Pelajar Etika OUM-PPW MPKB Sahaja

Sunday, June 18, 2006

Bab 3

Bab 3 ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN

Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.
Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil itu “betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika tersebut.

Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan:

Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah:

>kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.
>kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative
>kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan
>kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya
>kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.


Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan:

1.Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-beza dikenakan ke atas pelanggan.
2.Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut.
3.Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat.
4.Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran yang selamat dan bersih.
5.Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja.
7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu akan memudaratkan masyarakat setempat.
8.Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi. Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan tanggungjawab social.
9.Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan projek dan program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk melaksanakannya.

Analisis masalah etika dalam pengurusan:

1.analisis ekonomi
2.analisis undang-undang
3.analisis etika

a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika.
b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.
c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil.



Etika dalam Islam
Etika dalam islam boleh dinilai melalui mesej sejagat dan pendekatan holistic seperti berikut:
tauhid atau keesaan Tuhan
perpaduan manusia, dan
perpaduan dalam beragama.

Syariah adalah undang-undang islam yang berasaskan al-Quran dimana dijunjung dan digunapakai dan dirujuk oleh orang islam dalam hal membuat keputusan. Ini adalah kerana al-Quran itu sendiri menggambarkan akhlak Rasulullah s.a.w.

Semua ciri-ciri dan kualiti akhlak yang berpandukan islam melalui al-Quran dan hadis dapat membina sahsiah diri serta etika individu muslim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home